"Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh,
dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta
kesabaran"(Al'asr:1-3)

Followers

Monday, February 7, 2011

FASA2 DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Alam Remaja:

Ada masa + tenaga.... Tapi tiada duit..

Semasa di alam remaja ini anda hanya hidup bergantung kepada orang lain iaitu ibu bapa anda apabila memerlukan duit. Nak makan kena ada duit nak belanja itu ini semua bukan dari duit anda sendiri lagi. Tapi pada masa remaja inilah anda mempunyai banyak masa yang boleh dikatakan tidak terlalu sibuk. Begitu juga dengan tenaga kerana pada masa ini anda masih muda dan tenaga anda masih lagi kuat.


Alam Pekerjaan:

Ada duit + tenaga..... Tapi tiada masa..

Apabila memasuki alam pekerjaan pula kehidupan anda mula berubah. Jika dahulu semasa remaja anda tidak perlu berusaha sendiri untuk mencari duit sendiri maka di alam pekerjaan inilah anda akan mencari duit hasil dari titik peluh anda sendiri. Pada masa ini anda masih lagi bertenaga kerana masih berupaya untuk melakukan kerja seharian anda.Tetapi pada alam pekerjaan ini anda akan merindui alam remaja anda kerana anda tidak lagi mempunyai masa terluang seperti alam remaja.


Alam warga emas:

Ada masa + duit.... Tapi tiada tenaga..

Memasuki alam warga emas ramai yang telah bersara dari alam pekerjaan kerana anda mungkin tidak lagi mempunyai tenaga untuk melakukan pekerjaan seperti di zaman muda. Pada alam warga emas ini anda akan mula merindui alam remaja dan alam pekerjaan kerana anda tidak lagi bertenaga seperti zaman2 muda dahulu tetapi anda mempunyai masa dan duit yang telah dikumpul semasa alam pekerjaan.

Sebagai kesimpulannya, artikel ini hanyalah sekadar perkongsian yang mengajak anda semua supaya merenung kembali dimana alam anda berada sekarang. Adakah kita bersyukur dengan fasa kehidupan yang kita berada sekarang ini? Sama2lah kita renungkan..Tepuk dada tanya iman. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu adalah datang dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam..(^_^)








2 comments:

  1. gud la...very beneficial post !

    ReplyDelete
  2. salam...InsyaAllah selagi ana mampu....ana akan cube post something yg bermanfaat utk smua..(^_^)

    ReplyDelete